Rabu, 4 Januari 2017

R.J WILKINSON

R.J.WILKINSON

LATAR BELAKANG
            R.J.Wilkinson merupakan salah seorang pengkaji Barat yang banyak menyumbang dalam perkembangan bahasa Melayu dan berpengalaman luas tentang adat resam dan budaya orang Melayu. Beliau mula tiba di Tanah Melayu pada tahun 1889 dan bertugas sebagai pegawai pentadbiran kolonial. Beliau juga pernah menjadi setiausaha Strait Branch of the Royal Asiatic Society. Bukan itu sahaja, beliau juga pernah bertugas sebagai nazir sekolah di Jabatan Pelajaran di Negeri-negeri Bersekutu (Selangor, Perak, Pahang, Negeri Sembilan). Beliau juga pernah dilantik menjadi Pengerusi Jawatankuasa Ejaan. Maka, lahirlah ejaan Wilkinson iaitu hasil daripada kemahiran beliau menyusun kamus Inggeris-Melayu pada tahun 1895 M, dan juga kamus Jawi- Melayu-Inggeris pada tahun 1902 M.

            Manakala pada tahun 1903M, beliau telah dilantik menjadi setiausaha Sir Ernest Birch yang memberi kesempatan kepada beliau untuk menerbitkan sebuah buku yang berjudul  Paper on Malay Subjects dan menyelesaikan hampir keseluruhan draf kamusnya. Selain itu, beliau juga telah memegang pelbagai jawatan lain seperti di Sierra Leone pada tahun 1915, kemudian di Smyne pada tahun 1922 . Melalui kenyataan Dr. C. Hooykaas dalam bukunya iaitu Perintis Sastera mengatakan bahawa pantun Melayu yang dikumpulkan oleh R.J Wilkinson dan R.O Winstedt  dalam buku  Malay Literature Series12 mengandungi lebih kurang 1,500 rangkap pantun, dan lebih 10% daripadanya adalah seloka.

SUMBANGAN

            Sepanjang penglibatan beliau dalam perkembangan bahasa Melayu, terdapat banyak sumbangan  khususnya dalam sistem ejaan dan sebagainya. Selain itu, beliau juga banyak memberi sumbangan dalam  penyusunan  kamus dwibahasa. Antaranya seperti kamus  A Malay-English Dictionary  pada tahun 1901 iaitu merupakan kamus dwibahasa yang terawal pada abad ke-20 yang mengandungi  tiga bahagian iaitu bahagian I, II dan III. Kata kemasukan kamus ini ditulis dalam ejaan jawi dengan aturan huruf Rumi serta keterangan data dalam bahasa Inggeris. Beliau telah telah  melakukan tiga kali semakan terhadap kamus tersebut.


Edisi  A Malay-English Dictionary I-II
            dalam ejaan Rumi pada tahun 1932

Edisi  A Malay-English Dictionary
            dalam ejaan Rumi dengan tempelan ejaan Jawi pada tahun 1959

Pengemaskinian  A Malay-English Dictionary dalam ejaan Rumi sepenuhnya pada tahun 1959.

            Kamus ini mengandungi 1300 halaman dan merupakan karya leksikografi yang paling terperinci tentang bahasa Melayu sehingga sekarang. Kamus ini juga  diulang cetak oleh Penerbit Macmillan di London pada tahun 1959. Beliau telah mengumpulkan sebanyak 15 ribu frasa dan ungkapan daripada Hikayat Abdullah untuk mendapatkan kosa kata kamus dalam kamus tersebut. Bukan itu sahaja, beliau juga telah menggunakan tiga naskhah karya berbentuk hikayat seperti Hikayat Iskandar Dzulkarnain, Hikayat Koris dan Hikayat Bestamam. Kamus tersebut sehingga kini merupakan kamus yang paling lengkap tentang bahasa Melayu abad ke-19. Terdapat sejumlah kata yang dimasukkan dalam kamus ini sekitar 32 000 patah perkataan termasuk 17% merupakan rujukan.

            Selain itu,beliau juga telah menghasilkan sebuah kamus dwibahasa Inggeris- Melayu yang mengandungi 152 halaman yang pada asalnya disusun oleh Sir Richard Winsted dari University of London. Kamus ini menggunakan sistem pengejaan yang terdapat di dalam kamus kecil tuan Wilkinson. Antara aspek yang ditekankan adalah perkataan dialek yang ditandakan dengan tahi bintang (*). Selain itu, beliau juga menekankan penggunaan sempang. Berdasarkan kajian beliau, penggunaan sempang menunjukkan bahawa kata akar boleh hadir tanpa awalan atau akhiran atau kedua-duanya bergantung kepada keadaan. Contohnya perkataan beradu ditulis tanpa sempang antara “ber” dengan “adu” tetapi “adu-kan” ditandakan sempang antara kedua-duanya. Manakala dalam keluaran edisi kedua beliau banyak melakukan penambahan perkataan frasa baharu yang diperoleh daripada J.I Humprey, J

Tiada ulasan:

Catat Ulasan